Wednesday, December 9, 2009

Cetusan Rasa Terpendam


TUHAN, engkau berikan aku sekeping hati yang lemah hingga aku tidak pandai membela diriku. Aku sering tertindas dengan situasi. Aku mudah diperslahkan namun tidak tahu mempersalahkan orang. Aku benar-benar walah.
Wahai Tuhanku, aku mahu menjadi diri sendiri. Diri yang memiliki kekuatan dan keberanian. Diri yang mempu memberi keadilan kepada diri dan orang disekelilingku. Aku tidak mahu lagi dizalimi, aku tidak mahu diperlekeh. Ujian yang telah kau beri sepanjang tempoh setengah dekad ini benar-benar telah menguji diri ku ini. CUKUP SETAKAT INI AKU DIPERLAKU SEBEGINI!!! Aku tidak mahu orang memandangku sebelah mata. Aku mahu menjadi manusia yang hebat!
Wahai tuhanku, aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad. Aku bukan pahlawan badar dan uhud. Aku bukan para soldadu yang berjuang di medan khandaq. Namun aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan kedalam nubariku. Tuhan aku benar-benar berjuang untuk.... untuk membangunkan diriku yang daif ini.

No comments:

Post a Comment