Sunday, December 13, 2009

syukur


TUHAN aku memang bersyukur dengan ujian mu kali ini. Aku sedar sekarang bahawa engkau memang tidak mengizinkan aku untuk berkawan dengan sekalian hambamu yang lain. Aku tahu, sesungguhnya aku memang seorang yang paling hina disisimu. Aku wlah dengan ujian mu ini tuhanku.
Sekeping hati yang rapuh yang dikau kurniakan kepadaku tujuh belas tahun yang lalu, kini hancur menjadi debu halus yang kini telah jauh terdampar di saharah. Seorang insan yang telah aku letakan seluruh iman ku kepadanya telah berjaya membuat hati ku yang rapuh ini hancur menjadi debu.
Aku kini hilang arah dan nur cahaya darimu. Kini aku merasakan bahawa duniaku sudah menjadi gelap kembali. Jika dulu ianya diterangi oleh sinar persahabatan, kini sinaritu sudah hilang tanpa diriku sendiri mengetahui apa punca nya.
Kini aku akan melayari kehidupan ku dalam kegelapan yang telah engkau takdirkan. Aku tidak mahu lagi mencari sinar persahabatan dalam hidup ini. Biarlah hati yang remuk ini dirawat tanpa ada sebarang cahaya. Aku tidak sanggup lagi untuk membiarkan hati yang rapuh ini kembali menjadi debu angkara sinar persahabatan yang palsu.

Memang aku sedar aku siapa..
Aku tak lah sebaik kau org semua..
Mmg aku selalu abaikn tanggung jawab aku sebagai seorang muslim...
Memamng aku layak terima bnd nie semua..

No comments:

Post a Comment